Korban ialah penyembelihan binatang Korban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat ‘Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Dalil tentang ibadah Korban Firman Allah s.w.t.
1. Surat Al-Hajj : 36
وَاُلْبُدْنً جَعَلْنَهَا لَكُمْ مِّنْ شَعَئِرِ اللهِ لَكُمْ فِيْهَا خَيْرٌ فَاُذْكُرُوْاُسْمَ اللهِ عَلَيَهَا صَوَآفَّ فَإِذَا وَجَبتْ جُنُوْبُهَا فَكُلُوْا مِنْهَا وَأَطْعِمُوْا اُلْقَا نِعَ وَاُلْمُعْتَرَّ كّذَ لِكَ سَخَّرْنَهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ
yang bermaksud:
“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi’ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.”
2. Surat Al-Kautsar : 2
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَنْحَرْ
“Maka solatlah untuk Rabb-mu dan berkorbanlah.”
Dari Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan Korban. Sesungguhnya haiwan Korban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah Korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) Korban itu.”(Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Hukum Ibadah Korban
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
1- Islam
2- Merdeka (Bukan hamba)
3- Baligh lagi berakal
4- Mampu untuk berkorban
1- Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
2- Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
3- Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan
4- Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
5- Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada
6- Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim
7- Syarat untuk melakukan Ibadah Korban secara jamaah (beramai2).
“Haiwan yang disembelih dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala pada hari nahar dengan syarat-syarat yang khusus. Tidaklah termasuk udhhiyah haiwan yang disembelih tidak untuk tujuan mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala, seperti hewan sembelihan yang disembelih untuk dijual, atau dimakan, ataupun untuk memuliakan tamu. Dan tidak termasuk udhhiyah pula hewan yang disembelih selain pada hari-hari ini (yaitu hari nahar dan tasyriq) walaupun disembelih dengan tujuan taqorrub (mendekata diri) kepada Allah Ta’ala.”
Secara bahasa al-Udhhiyah berasal dari kata dhuha yang artinya pagi, dinamakan demikian karena Nabi yang mulia ShallAllahu ‘alaihi wa Sallam biasa menyembelih hewan
pada waktu dhuha.
Jika tuan/puan berkenan melaksanakan ibadah Korban untuk disalurkan bagi saudara kita yang lebih membutuhkan silahkan download borang pendafaran DISINI Atau Isi Form Pendaftaran Online DISINI
Dan Sila hubungi kami pada alamat yang tersedia.