FIDYAH
Bayarkanlah Fidyah Anda Bagi Yang Berkewajiban Untuk Saudara-Saudara Muslim Yang Miskin Lagi Fakir
Melalui
Al-Imtaq International & Services
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada satu tahun sehingga tiba Bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud : “Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin”.
Walaupun fidyah telah dibayar, namun bagi mereka yang sengaja meninggalkan puasa atau kepada golongan tertentu, puasa yang ditinggalkan tetap wajib diganti mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.