Get Adobe Flash player

Pembangunan Ponpes Nuruzzainiyah NW Bandok

 

Syarikat Al-Imtaq International & Services 
telah ditubuhkan oleh :
Ust Musa Hasy Bin Zulkifli & Ustazah Jamilah Bte Mohd Amran

 
yang mana keduanya telah sama-sama menyelesaikan pengajian mereka di peringkat ijazah pengajian Islam dalam bidang yang berbeza.

Musa Hasy Bin Zulkifli telah dilahirkan di Indonesia, Pendalaman Lombok Timur dan mendapat pendidikan awal di kampungnya iaitu (Pondok Pesantren Tembeng Putek/Tebing Putih) kemudian melanjutkan ke peringkat ‘aliah/pra u di Ma’had Darul Qur’an Wal Hadith (MDQH) (Pondok Pesantren Nahdlatul Wathan Pancor Lombok Timur Indonesia) se awal tahun 2000 beliau telah melanjutkan pengajiannya ke Malaysia @ INTIS (Institute Teknologi Ibnu Sina) dalam Bidang Syari’ah Peringkat Diploma, seawal tahun 2003 beliau melanjutkan pengajiannya ke Mesir @ Universiti Al-Azhar, Kaherah selama 3 tahun, kemudian beliau melanjutkan pengajiannya ke Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Jambi Indonesia dalam bidang Ahwalus Syakhsiyah (Fiqh Kekeluargaan), kini sedang menyelesaikan MA/Sarjana di Universiti Darul Ulum Jombang Indonesia dalam bidang “Pengurusan Wakaf Kontemporeri Daripada Persepektif Empat (4) Madzhab”.

Di samping itu beliau giat menyampaikan syarahan agama di serata masjid di Singapura sekaligus menjawat jawatan sebagai muntawif/pembimbing haji dan umrah @ Jalaluddin Travel & Services.

Beliau juga pernah berpengalaman bekerja sebagai Imam Eksekutif di Masjid Haji Mohamad Salleh lorong 11 Geylang dan imam separuh masa di Masjid Darul Makmur, tenaga pengajar di Masjid Darussalam @ Clementi dan Masjid Al-Firdaus @ Jalan Ibadah.

Beliau telah mendapat PR (permanent resident) seawal tahun 2007, mendapat pengiktirafan Asatizah (ARS) dan menjadi ahli kehormat @ Pergas (persatuan guru-guru agama Singapura).

……………………………………………….

Jamilah bte Mohd Amran adalah anak watan Singapura yang telah mendapatkan pendidikan awal @ Madrasah Alsagoff Al-Arabiah selama 10tahun. Selepas itu awal tahun 2000 beliau telah meneruskan pengajiannya peringakat diploma dalam bidang Usuluddin @ Institut Teknologi Ibnu Sina (intis), Malaysia . Sewaktu pengajian beliau pernah aktif menyertai Majlis Perwakilan Pelajar INTIS sebagai Penolong Bendahari dan juga Naib Pengerusi Biro Ekonomi dan Kebajikan Pelajar. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Naib Pengerusi Ittihad Mahasiswa Singapura INTIS. Pada tahun 2003 beliau menyambung pengajiannya ke peringkat Ijazah di Universiti Al-Azhar @ Mesir dalam bidang Usuluddin, Hadith.

Pengalaman bekerja sebagai asatizah di Alfa Edu Centre mengajar pendidikan Islam serta Bahasa Arab untuk peringkat kanak-kanak hingga remaja dan telah bekerja sepenuh masa selama 10 tahun hingga kini @ Masjid Darul Makmur, Yishun. 2003 menjawat jawatan asatizah sepenuh masa mengajar kanak-kanak, 2005 sebagai penolong eksekutif Dakwah mengajar remaja dan juga Muslimah 2006 sebagai penolong eksekutif Belia mengajar dan melakarkan program untuk belia masjid, 2010 mengambil amanah sebagai Eksekutif Belia (YDO), 2012 sebagai eksekutif Administrator (Head of Centre) aLIVE iaitu memantau YDO serta kids hingga youth aLIVE Program (Living Islamic Value Everyday).

Pernah menyertai MABIMS (Menteri-menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura) mewakili delegasi Singapura.

 

 

ARSIVE

KOLEKSI VIDEO AL-IMTAQ

)

CARA PEMBAYARAN

CONTACT US